USANITA Perkokoh Kerja Sama Kreatif untuk Tembus Pasar Indonesia

AKURAT.CO USANITA Sdn. Bhd. menyelesaikan misi penting di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkokoh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia, serta juga melanjutkan kerja sama serantau.
Lawatan penting tersebut dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan, dan antara ahli delegasi.
Termasuk Erma Fatima yang merupakan penerbit dan pelakon yang pernah memenangi pelbagai anugerah.
Kehadiran Erma membuktikan komitmen USANITA terhadap kecemerlangan seni dan pertukaran budaya.
Baca Juga: BPDPKS Dukung Terus Keberlanjutan Industri Kelapa Sawit
Dari 28 hingga 30 Juni, delegasi USANITA telah bertemu dengan tokoh-tokoh utama dalam industri hiburan Indonesia, termasuk Raam Punjabi dari PT Multivision Plus; Manoj Punjabi (MD Entertainment); Deddy Mizwar (PT Demi Gisela Film dan Ketua Umum Persatuan Produser Film Indonesia -PPFI), Zairin Zein, (produser dan Setiausaha Agung PPFI) dan Ilham Bintang (Pengarah PT Bintang Advis Multimedia).
Pertemuan diatur untuk meneruskan peluang dalam melaksanakan proyek kolaboratif dan kerja sama inovatif, selaras dengan misi pemerkasaan komuniti dan pembangunan modal insan oleh USANITA.
"Industri kreatif Indonesia merupakan mercu tanda inovasi dan kekayaan budaya. Pihak kami teruja untuk meneroka peluang dan bekerja sama bagi meningkatkan lagi inisiatif USANITA yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri kreatif yang dinamik di kedua-dua negara," jelas Datuk Adzliana dalam keterangan yang diterima, Selasa (2/7/2024).
USANITA dikenali sebagi sebuah organisasi yang menjalankan program kebajikan dan sosial di seluruh negara.
Baca Juga: Kejuaraan Bulutangkis Junior Asia: China Juara, Indonesia Langsung Fokus ke Sektor Perorangan
Ia turut berperanan dalam pembinaan komuniti melalui acara-acara yang memberi impak kepada masyarakat seperti bengkel, ekspo dan karnival keusahawanan.
Datuk Adzliana berkata selain memberikan bantuan kebajikan, USANITA juga aktif dalam mempromosi padanan perniagaan-ke-perniagaan dan industri kreatif merupakan peluang baharu yang boleh meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli USANITA.
Sementara itu, Erma Fatima berkata, sudah tiba masanya untuk Malaysia dan Indonesia menghidupkan semula produksi film secara usahasama seperti yang dilaksanakan pada tahun 80-an dan 90-an.
"Kerja sama sebegini memberi peluang untuk kita bertukar pengetahuan agar mampu memenuhi kehendak penonton yang semakin mencabar. Teknologi produksi filem juga telah mengalami perubahan pesat dan jika bergabung, kedua-dua negara mempunyai kekuatan untuk menakluk pasaran global dengan sinergi yang betul," katanya.
Baca Juga: Apple Akan Rilis AirPods dengan Kamera Inframerah pada 2026
Delegasi USANITA turut melawat IDN Media dan berbincang dengan pihak pengurusan tertingginya untuk meneroka potensi kerjasama kreatif.
Perbincangan tersebut tertumpu kepada pembangunan bersama kandungan kreatif dan memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk melaksanakan projek yang inovatif dan menarik minat penonton di kedua negara.
Lawatan ke Jakarta ini juga membuktikan komitmen USANITA untuk memperluas jangkauan dan pengaruhnya melalui kerja sama antarabangsa.
Datuk Adzliana berkata, perbincangan terperinci dengan pemimpin industri kreatif Indonesia bertujuan untuk membangunkan kandungan dan program inovatif yang mampu memikat penonton.
"Menerusi gabungan kekuatan kreatif rakan kongsi Indonesia dan pendekatan berasaskan misi USANITA untuk membangunkan usahawan tempatan, kerjasama ini mampu menghasilkan projek-projek menarik dengan impak sosial yang signifikan," katanya.
Menurutnya, kerja sama ini juga dirancang secara strategik untuk membantu kedua negara meneroka pasaran antarbangsa yang lebih besar, bermula dengan ASEAN.
"Memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN tahun depan, kerjasama ini juga bertujuan untuk memanfaatkan potensi kreatif serantau yang lebih besar," tambahnya.
Dilarang mengambil dan/atau menayangkan ulang sebagian atau keseluruhan artikel di atas untuk konten akun media sosial komersil tanpa seizin redaksi.









